Monday, September 07, 2009

Adakalanya.........

Adakalanya memang agak sukar dan susah , zahir juga rasa kesal dan kecewa apabila membuat keputusan atau melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak. Namun adakah perlu memberikan kepentingan kepada kehendak kita yang ternyata tidak selari dengan kehendakNYA?

Apakah ini dinamakan nafsu?

Maka di sinilah Akal, anugerah terhebat untuk insan memainkan peranan untuk menguasai keadaan. Akal amat perlu membuat keputusan dengan sendirinya setelah membuat pertimbangan baik dan buruk tanpa hadirnya pengaruh nafsu.

Nafsu dalam masa yang sama amat menggemari godaan. Godaan pula menawarkan keseronokkan dan kegembiraan semata mata. Malah ia bersifat pendek dan sementara. Lantas tiadalah puas akan nafsu. Tingkah laku nafsu seperti api dalam serkam. Sentiasa membara setiap detik sepanjang waktu. Datangnya angin maka marak lah ia. Apabila maraklah ia, maka terbakarlah serkam sehingga pupus menjadi debu

Apabila godaan menjemput nafsu, maka meledaklah ia. Kebaikkannya tiada malah merosakkan sesiapa saja baik diri sendiri mahupun orang sekeliling. Maka sia sialah kebaikkan apabila nafsu dituruti walaupun sejenak.

Nafsu memang tidak terbatas malah sukar juga untuk dibendung. Namun tiadalah pasti akan dapat dijauhi dan ditinggalkan sekiranya antara sedar dan tidak masih memberkani ruang dan sering mendekati unsur unsur godaan itu sendiri. Walaupun niat menuruti tiada namun bara yang ditiup lembut pasti akan menyala juga.

Paling bijak bertindaklah segera menepis dan menjauhkan diri apabila terkesan akan kehadiran godaan itu walaupun datangnya dengan lembut dan baik. Kepekaan dan ketajaman kata hati mampu mengubah segala galanya.

Seorang insan tiadalah kekuatan pada dirinya selain dari pertolongan Yang Maha Kuasa. Maka mohonlah kepadaNya kerana amat suka akan DIA mahluk yang mengingatiNYA.

No comments: