Friday, April 17, 2009

Perihal Khutbah Jumaat

Hari ini hari Jumaat. Macam biasa saya akan ke Masjid Wilayah Persekutuan. Saya suka bersolat di sini bukan sahaja kerana masjid ini luas dan selesa serta berhawa dingin tetapi kerana kalau terlambat sekalipun tetap dapat masuk dalam dewan solat utama. Ini penting kerana kalau di masjid tempat lain dah gerenti kena sembahyang kat luar. Masing masing kena bawa sejadah. Itu kalau yang reti bawa sejadah. Kalau tidak, fikirlah sendiri. Saf, jangan cakap lah. Bertaburan. Bengkang bengkok. Putus putus. Sah ke tak sah solat, itu hanya Allah sahaja yang tau.




Moral cerita. Bersegeralah dan bersiap sedia sebelum masuk waktu. Bukan sahaja dapat solat berjemaah di dalam saf tetapi juga selesa. Pahala yang diterima juga amat banyak lebih lebih lagi kalau dapat saf sat paling depan. Setidak tidaknya bolehlah berzikir atau membaca Al Quran atau mendengar Tazkirah.




Minggu lepas rasanya khutbah di antara yang paling ringkas dan pendek. Berangan tidak habis lagi khutbah dah selesai. Panjang pendik bukan isu. Isunya intipati harus menyentuh isu isu semasa. Dan lebih elok kalau Khatib berkhutbah dan bukan baca khutbah.




Berkhutbah bukan baca khutbah. Macam sama tetapi berbeda. Kesan? Memang ada kesan. Banyak kali Tazkirah sebelum Solat Jumaat lebih berkesan dan terkesan.

Wednesday, April 15, 2009

Apa nak cerita?????

Dah dua tiga hari aku sign in ke blog ni. Ermm. tak tau ada cerita apa. Hari ini agak membosankan walaupun banyak bende bende yang aku kena buat. Follow-up lah, call customer lah, nak call lawyer lah...tapi yang aku heran macam jari jemari aku ni berat sangat nak talipon dorang. Jadi aku tau lah sangat sangat yang i need a rest. I wouldnt take long. Not even a day. So....SO WHAT??

So i just called on of my friend. Ermm. luckily he is around and available and according to him he was just about to call me to ask me out for lunch when he received my call. What a coincident (boto ko tak boto spelling den nih)....Korang fahamkan....ok la.

I am going to shower myself. Nak wangi wangi nie...

I catch with you guys later. Mana ler tau, lepas bersantai dan bersembang-sembang dengan member ni nanti i get myself motivated as usual to do all my works. Very hope. Aminnnnn

Friday, April 10, 2009

Rumah Makan Sapu Lidi, Lembang, Bandung

Dari Bandung City hendak ke Rumah Makan Sapu Lidi mengambil masa lebih kurang 1/2 jam bergantung kepada kesesakan lalu lintas. Namun ada dua jalan yang boleh digunakan tetapi mengambil masa lebih kurang sama. Jalan yang digunakan oleh guide kami agak kurang elok. Berlopak lopak......dah banyak kali ditampal tapi masih rosak juga kerana air yang banyak turun dari kawasan tinggi membuatkan tampalan tidak bertahan lama. Cuaca dah mula dingin. Di tepi tepi jalan banyak kedai kedai menjual tanaman pokok pokok bungan dan buah buahan. Memang cantik cantik pokok pokok ni....tapi apa kan daya.....kalau beli mcm mana nak bawa balik. Bila sudah sampai ke kawasan yang lebih tinggi bau belerang dah mula dihidu......ermm boleh migrain jugak fasal baunyer yang menyegit.


Sampai di perkarangan Sapu Lidi, terus terpegun dengan suasan bendang yang cantik. Bau belerang terus hilang dengan sendirinya






ermmm....cantikkan??





Suasana di Rumah Makan Sapu Lidi ini memang berbeza dari yang lain lain. Konsep menjamu selera di tengan bendang atau sawah. Kalau orang orang kampung mungkin tidaklah teruja sangat fasal di kampung depa pun ada sawah bendang tetapi bagi kami ia tetap satu tempat yang amat menarik untuk dikunjungi.












Selain dari menjamu selera di sini juga ada menjual makanan ringan yang berupa kerepeklah kalau di Malaysia. Baju baju dan juga barangan kraftangan. Kita juga berpeluang melihat cara cara mebuat salah satu kuih tradisional masyarakat Bandung. Namanya saya tidak ingat..hehehehe (sign of oldies..huhuhu)...tetapi yang saya ingat pisang dihiris hiris dan dimasukkan tepung cair ke dalam acuan dan dibakar......erm macam sedap tapi tidak cubapun fasal dah kenyang..Kenapalah guide tu bawa kami tengok selepas makan tengahari.




Kalau maukan sesuatu yang lebih adventure, boleh ler menaikki perahu........my son asked for it.....ayahnyer sajer yg kurang berani.......









Memang seronok menjamu selera di sini dengan suasana yang cantik menghijau dan mengasyikkan. Diiringi pula dengan irama klasik tradisional....pergh....cuma menu tu kalau ada gambar lagi senang nak pilih. Harga memang agak murah.




Kepada sesiapa yang tidak tahu dan tidak kenal....inilah dia.....si buaya darat.......




Thursday, April 09, 2009

Nak rehat dulu...k

Saya masih ada masalah untuk update blog ni fasal kurang arif tentang letak beberapa foto di bawah satu topik dan bagaimana untuk menulis dicelah celah foto foto tersebut.

Lupakanlah my journey/trip to Jakarta/Puncak/Bandung itu untuk sementara waktu. Instead, i will share the experiences randomly ok..

By for now....wanna take a nap......

Enjoy your day and be good as usual



Pagi Selasa tu kalau diikutkan flight jam 9.50 pagi tetapi disebabkan hujan yang begitu lebat makanya semua penerbangan ditunda. Jadi kamipun tersadailah di LCCT tu selama 1 1/2jam. Bila hujan sudah mula berhenti maka depapun announcelah kata dah boleh fly.


Dalam penerbangan cuaca masih buruk. 2 3 kali pilot announce kata cuaca buruk. Bergegarlah pesawat tu siap ada airpocket sekali. tapi a minor one la tetapi sudah cukup untuk kita orang rasa cemas dan ngeri.


Sampai di Soekarna Hatta International Airport cuaca baik sekali. Dikaunter Imigresen tidak ada sebarang masalah begitu juga semasa claim baggasi.


Selepas claim baggasi kami terus ke kaunter teksi. Macam biasa kami cari Syarikat BlueBird. Trusted and Professional. Yang bagusnya tentang perkhidmatan mereka sebaik sahaja selepas membuat pembayaran salah seorang karyawan mereka akan tolong tolak baggassi hingga ke tempat tunggu teksi. Karyawan ini biasanya memastikan baggassi dan penumpang naik teksi baru mereka kembali ke kaunter semula. Di KLIA ada ke? LCCT? hampeh. Dah bayar pandai pandai ler cari port teksi sendiri.


Jakarta/Puncak/Bandung trip Mar 24 - 29 2009

We booked the tickets with Airasia as early as Nov/Dec last year. To and fro RM105.00 per person. Murahkan? Memang murah giler...Saya ada tanya kawan yang asal dari Kelantan. Katanya, duit minyak RM60 pergi sahaja. Kalau pergi balik dah RM120. Baik pergi Indonesia dapat juga tengok tempat orang. Tapi ikut nasib juga kekadang dapat tiket murah tu kekadang hampa gak....

Ikutilah pengembaraan kami

My second son - Muhammad Syahmi






Punyalah lama tidak update blog ni, sempat dapat baby baru. Yang si adik ini lahir pada 27 Julai 2008. Perangai lain. Kalau hendak tidur kena tutup muka dengan kain lampin baru boleh lelap. Satu lagi merengek saja. Kalau dia tidak sihat jangan cakap la. Memang azan memanjang.
Si abang bila ada adik barulah all the true colors keluar. Pening melayan. Tapi....he is a kid. Wat can you say???????

Am I still alive????

Ya Allah. Lamanya aku tak update blog ni. 2 tahun lebih. Hilang akal apa.

Tidak mengapa. I am.....I am back.....

Lots of thing wanna tell this time around ok.....