Thursday, April 09, 2009




Pagi Selasa tu kalau diikutkan flight jam 9.50 pagi tetapi disebabkan hujan yang begitu lebat makanya semua penerbangan ditunda. Jadi kamipun tersadailah di LCCT tu selama 1 1/2jam. Bila hujan sudah mula berhenti maka depapun announcelah kata dah boleh fly.


Dalam penerbangan cuaca masih buruk. 2 3 kali pilot announce kata cuaca buruk. Bergegarlah pesawat tu siap ada airpocket sekali. tapi a minor one la tetapi sudah cukup untuk kita orang rasa cemas dan ngeri.


Sampai di Soekarna Hatta International Airport cuaca baik sekali. Dikaunter Imigresen tidak ada sebarang masalah begitu juga semasa claim baggasi.


Selepas claim baggasi kami terus ke kaunter teksi. Macam biasa kami cari Syarikat BlueBird. Trusted and Professional. Yang bagusnya tentang perkhidmatan mereka sebaik sahaja selepas membuat pembayaran salah seorang karyawan mereka akan tolong tolak baggassi hingga ke tempat tunggu teksi. Karyawan ini biasanya memastikan baggassi dan penumpang naik teksi baru mereka kembali ke kaunter semula. Di KLIA ada ke? LCCT? hampeh. Dah bayar pandai pandai ler cari port teksi sendiri.


No comments: