Friday, April 17, 2009

Perihal Khutbah Jumaat

Hari ini hari Jumaat. Macam biasa saya akan ke Masjid Wilayah Persekutuan. Saya suka bersolat di sini bukan sahaja kerana masjid ini luas dan selesa serta berhawa dingin tetapi kerana kalau terlambat sekalipun tetap dapat masuk dalam dewan solat utama. Ini penting kerana kalau di masjid tempat lain dah gerenti kena sembahyang kat luar. Masing masing kena bawa sejadah. Itu kalau yang reti bawa sejadah. Kalau tidak, fikirlah sendiri. Saf, jangan cakap lah. Bertaburan. Bengkang bengkok. Putus putus. Sah ke tak sah solat, itu hanya Allah sahaja yang tau.




Moral cerita. Bersegeralah dan bersiap sedia sebelum masuk waktu. Bukan sahaja dapat solat berjemaah di dalam saf tetapi juga selesa. Pahala yang diterima juga amat banyak lebih lebih lagi kalau dapat saf sat paling depan. Setidak tidaknya bolehlah berzikir atau membaca Al Quran atau mendengar Tazkirah.




Minggu lepas rasanya khutbah di antara yang paling ringkas dan pendek. Berangan tidak habis lagi khutbah dah selesai. Panjang pendik bukan isu. Isunya intipati harus menyentuh isu isu semasa. Dan lebih elok kalau Khatib berkhutbah dan bukan baca khutbah.




Berkhutbah bukan baca khutbah. Macam sama tetapi berbeda. Kesan? Memang ada kesan. Banyak kali Tazkirah sebelum Solat Jumaat lebih berkesan dan terkesan.

No comments: