Tuesday, June 09, 2009

Kena tahan polis trafik

Dua tiga hari lepas kena tahan polis trafik kerana menggunakan HP semasa memandu.....hahahahaha......walaupun tidak menyusahkan pemandu lain salah tetap salah kerana kita ada undang undang jalanraya.

Tetapi masih bernasib baik kerana saman tidak dikeluarkan. Sebab musababnya tidak lah diketahui. Mungkin lesen memandu pun ada, cukai jalan ada dan mungkin juga tiada lagi rekod buruk di jalanraya setakat ini. Alhamdulillah.

Kita sebagai pengguna jalanraya perlulah mengikut segala undang undang yang ada bukan sahaja untuk mengelakkan dari saman tetapi juga untuk sama sama memastikan jumlah kemalangan berkurangan.

Bercakap fasal polis trafik ni selalu juga saya ni naik darah kerana terlalu kerap melihat dia orang ini melakukan berbagai kesalahan lalu lintas. Tidak kah mereka ini yang sepatutnya menjadi contoh kepada pengguna jalan raya. Adakah ada sikap " oh aku polis aku boleh buat apa saja". Atau mungkin latarbelakang akedemik yang kurang tinggi menyebabkan mereka mereka kurang beretika di jalanraya.

Sebagai contoh:

1. masuk lorong sebelah tidak menggunakan signal. Main masu saja
2. keluar masuk simpang pun sama juga tidak bagi signal.
3. melanggar garisan tidak putus....kan bahaya tu. dari Pusat Bandar Damansara terus potong jalan ke Bangsar. Bukannya dia tidak tahu tanpa memotong garisan tu pun mereka masih boleh ke Bangsar cuma perlu U-turn sahaja.Dia orang ke saja yang nak cepat yang kita kita nie.

Sebagai orang yang memegang undang undang perkara perkara di atas tidak langsung boleh berlaku. Ada kemungkinnya sudah tiba masanya kakitangan kakitangan polis trafik ini diambil dari mereka mereka yang tinggi tahap akedemiknya. Insyaallah

No comments: