Friday, April 10, 2009

Rumah Makan Sapu Lidi, Lembang, Bandung

Dari Bandung City hendak ke Rumah Makan Sapu Lidi mengambil masa lebih kurang 1/2 jam bergantung kepada kesesakan lalu lintas. Namun ada dua jalan yang boleh digunakan tetapi mengambil masa lebih kurang sama. Jalan yang digunakan oleh guide kami agak kurang elok. Berlopak lopak......dah banyak kali ditampal tapi masih rosak juga kerana air yang banyak turun dari kawasan tinggi membuatkan tampalan tidak bertahan lama. Cuaca dah mula dingin. Di tepi tepi jalan banyak kedai kedai menjual tanaman pokok pokok bungan dan buah buahan. Memang cantik cantik pokok pokok ni....tapi apa kan daya.....kalau beli mcm mana nak bawa balik. Bila sudah sampai ke kawasan yang lebih tinggi bau belerang dah mula dihidu......ermm boleh migrain jugak fasal baunyer yang menyegit.


Sampai di perkarangan Sapu Lidi, terus terpegun dengan suasan bendang yang cantik. Bau belerang terus hilang dengan sendirinya






ermmm....cantikkan??





Suasana di Rumah Makan Sapu Lidi ini memang berbeza dari yang lain lain. Konsep menjamu selera di tengan bendang atau sawah. Kalau orang orang kampung mungkin tidaklah teruja sangat fasal di kampung depa pun ada sawah bendang tetapi bagi kami ia tetap satu tempat yang amat menarik untuk dikunjungi.












Selain dari menjamu selera di sini juga ada menjual makanan ringan yang berupa kerepeklah kalau di Malaysia. Baju baju dan juga barangan kraftangan. Kita juga berpeluang melihat cara cara mebuat salah satu kuih tradisional masyarakat Bandung. Namanya saya tidak ingat..hehehehe (sign of oldies..huhuhu)...tetapi yang saya ingat pisang dihiris hiris dan dimasukkan tepung cair ke dalam acuan dan dibakar......erm macam sedap tapi tidak cubapun fasal dah kenyang..Kenapalah guide tu bawa kami tengok selepas makan tengahari.




Kalau maukan sesuatu yang lebih adventure, boleh ler menaikki perahu........my son asked for it.....ayahnyer sajer yg kurang berani.......









Memang seronok menjamu selera di sini dengan suasana yang cantik menghijau dan mengasyikkan. Diiringi pula dengan irama klasik tradisional....pergh....cuma menu tu kalau ada gambar lagi senang nak pilih. Harga memang agak murah.




Kepada sesiapa yang tidak tahu dan tidak kenal....inilah dia.....si buaya darat.......




No comments: