Thursday, August 13, 2009

I am in the mess.....still

Rasa lega bila dah luahkan apa yang terpendam melalui blog ini.

Dan rasa lebih lega apabila luahan dihantar pada seorang rakan.

Dan rasa lega lebih lagi apabila rakan itu merasa apa yang saya rasa.

Hilang rasanya bebanan dibahu dan lapang rasanya dada yang sebelum ini dirasakan sempit.

Alhamdulillah, Tuhan Yang Maha Esa melahirkan rasa lega dan lapang itu walaupun masalah belum selesai. Rasa malupun ada kerana masalah itu mungkin tidak seberat mana tetapi hari hari yang lalu dirasakan tidak terbawa dek badan. Ah, kenapa aku begitu lemah untuk mengawal emosi akan masalah masalah sebegini.

Perasaan kusut itu sebenarnya masih ada walaupun rasa lega dan lapang menjelma sebagai penawar perasaan yang tidak terkawal. Buktinya, hari ini saja dah beberapa kali keluar masuk rumah kerana barang barang yang tertinggal.

Mula mula handphone. Bila keluar pintu teringat pula tak pakai talipinggang. Masuk balik. Sebaik sahaja masuk ke kereta, kunci kereta pula tidak dibawa. Arhhh...

Start enjin kereta nampak pula minyak dah habis sedangkan semalam rasanya baru saja beli minyak di Petronas RM30. Yang peliknya kenapa minyak masih kosong. Samada selepas bayar terus keluar tanpa mengisi minyak atas memang isi. Tetapi kalau isi di mana pulak perginya minyak. RM30 hilang begitu saja. DAh lah duit di poket makin kurang. Tak pasal pasal kena duit lagi untuk beli minyak.

Dari Cheras ke Sg Buloh 2 kali tersalah masuk jalan walaupun pada awalnya telah disusun perjalanan. Fikiran memang melayang entah ke mana mana. Beginilah agaknya kalau kita tertekan. Bebanan yang tidak tertangggung. Kusut masai fikiran.

Tuhan sahaja tempat aku mengadu. Harap didengarNYa dan diberikan kekuatan untuk teruskan hidup ini disamping memberikan petunjuk dan jalan untuk mebuang kekusutan ini jauh jauh.

Ya Allah , terima kasih kerana masih memanjangkan nyawaku untuk terus hidup untuk terus mengharungi hidup ini untuk terus mengabdikan diri kepada Mu.

Terima kasih

No comments: