Ya Allah, aku mensyukuri nikmat Mu di atas jemputan Mu kali ini bertemu dengan bulan khusus untuk manusia. Dengan limpahan kasih sayang Mu dengan pahala yang tiada tandingnya, Alhamdulillah
Seperti tahun tahun yang lalu, di awal Ramadhan memang terpahat segala macam niat dan azam untuk menjadikan Ramadhan ini yang terbaik namun segala galanya hilang di pertengahan. MAcam itu lah selalunnya.
Hangat hangat tahi ayam.
Sedangkan iblis syaitan telahpun diikat. Tengok tu betapa kasih dan sayangnya Allah kepada manusia tidak lain dan tidak bukan semata mata ingin membenarkan kita untuk beribadat sebanyak mana pun tanpa ada halangan dan bisikan iblis dan syaitan. Tak nak buat juga. Malas juga nak solat. Puasapun sekadar menahan lapar dan dahaga.
Nafsu makan macam mana? Mata, telinga dan yang sukar dikawal dan dijaga iaitu hati. Hati tetap nak buruk sangka. Perasaan marah masih tak berbendung. Masyaallah Razlan, ini peluang mu sekali lagi. Tahun depan belum tentu.
Apapun niat dan azam tetap dipasang macam biasa. Insyaallah dengan izinNya. Akan ku cuba buat acapkalinya untuk memperbaiki. Berharap sangat solat wajib tiada yang tertinggal dan tiada yang terlewat. Solat sunnat Tarawikh agar dapat berjemaah di setiap malam. Bacaan Al Quran dan zikir zikir serta solat sunat yang lainnya. Harap dapat dilakukan bukan sahaja secara fizikal dan praktikal tapi seikhlasnya hati agar terkesan dan diterima Yang Maha Esa.
Di bulan Ramadhan bulan untuk kita mengenal diri kita. Siapa kita yang sebenarnya. Kalau di bulan bulan biasa kita beralasan tidak tertahan dan sering tewas dengan bisikan iblis syaitan namun kalau di bulan Ramadhan kita masih lagi tidak berdisiplin dan beretika, masih leka, lalai dan alpa. Hah itu lah Razlan, 11 bulan yang lain nya telah dipengaruhi oleh nafsu yang tidak pernah puas melakukan maksiat yang berbagai tanpa rasa malu dan bersalah. Apakah aku perlu beralasan yang aku dipengaruhi iblis syaitan atau aku sendiri yang menyenangi diriku membuat dosa dan maksiat tanpa godaan iblis dan syaitan.
Razlan, ingatlah kamu, Dunia ini tipuan belaka dan bersifat sementara.
Ingatlah............. Pilihlah........
samada.......
Dosa atau Pahala
Syurga atau Neraka
Mata Allah atau mata manusia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment