Thursday, August 20, 2009

Razlan, be strong okay

Yesterday one of the owner called and cancelled the deal. Booking already paid. Bukan rezeki namanya tu. Razlan, kau harus redho and tabah. Ada hikmahnya. Mungkin bukan untuk kebaikkan kamu tapi orang lain lebih memerlukan. I guess i understand. The owner needs that most.



Itulah namanya rezeki. Kita hanya boleh merancang Allah lah yang akan menentukan.



Makanan di tangan belum tentu sempat disuap tanpa izinNya.



Makanan yang disuap belum tentu masuk ke kerongkong. Mungkin kurang enak lalu diluahkan kembali.



Begitu juga makanan yang telah ditelan, belum tentu diterima perut. Tiba tiba loya. Muntah. Keluar semula makanan tadi.



Itulah kuasa Allah. Dia Yang Maha Kuasa. Dia yang menghendakki dan tidak menghendakki.



Razlan, kau harus bersyukur kerana banyak lagi nikmat yg diberi. Masih ada nyawa, boleh bernafas, melihat, mendengar dan berbagai lagi. Tidak semestinya nikmat itu dalam bentuk wang ringgit.



Namun, saat dan ketika ini yang aku inginkan hanyalah duit. Bagi aku itulah yang paling penting buat aku. Aku tidak tamak tapi itulah hakikatnya. Wang bukan segala galanya tetapi wang paling aku perlukan sekarang.



Ya Allah, aku tahu Kau ada alasan untuk menarik penjualan itu dari aku. Sebagai manusia aku tidak lari dari rasa kecewa namun aku meminta kepada Mu Allah Yang Maka Kuasa Maha Mendengar Maha Pengasih lagi Maha Penyayang zahirkan la rasa gembira, rasa ceria, ketabahan dan kesabaran untuk aku terus melalui liku liku kehidupan ku yang amat payah ini.



Ya Allah, sekiranya rezeki ku ada di langit, maka Engkau turunkanlah. Jika dibumi Engkau keluarkanlah. Jika payah Engkau permudahkanlah. Jika lambat Engkau percepatkanlah. Jika haram Engkau sucikan lah. Amin

No comments: